Tuesday, October 03, 2006

Uhuk!!! Uhuk!!! Uhuk!!!

Warghhhh!!!
Banyaknya sarang labah-labah!
Sawang dah jadi sebiji macam langsir.... bergayut sana sini...
Mak ooiii!!!! tikus pun dah jadi besar kucing!!!

Lama betul tak jenguk....
Lama betul berhibernasi...
Sibuk sangat ke?
Ke buat-buat sibuk???

Nampak gaya kena update la ni....
bukan untuk siapa-siapa.... tapi untuk kepuasan diri sendiri!!!

Harap-harap kali ni menjadi!!!

Friday, February 24, 2006

RM 1 juta

Aku : 1 juta je?
Hubby : Ya... Ringgit Malaysia 1 juta!
Aku : Ye lah, tapi zaman sekarang ni 1 juta tu, takat celah gigi je....
Hubby : Nak ke tak nak?
Aku : Nak la.... tak kan tak nak....
Hubby : Nak buat apa?
Aku : Macam-macam....

Aku nak beli semi-d satu. Area jauh sket dari bandar la... murah sket. Dalam 300 ribu - 400 ribu. Kalau kat area tempat kitorang tinggal tu, satu semi-d je dah more than 500 - 800 ribu. Kalau beli semi-d kat sini, tak leh buat yang lain lak kang....

Hubby : Kenapa semi-d?
Aku : Ye la... ada la kawasan untuk your landscape...

Hubby memang minat ubah sana ubah sini kat rumah aku tu. Dalam ke luar ke... dia cukup suka nak tukar-tukar. Kalau aku, AMPUN.... tak kuasa!!!

Hubby : Balance duit tu?
Aku : Nak beli kereta satu lagi tak? Second-hand je la... Kancil ke... yang murah2.... bukan apa.... tak la berebut kereta.... nak gi pasar senang sikit... nak gi mana-mana time you kena kerja....

Hubby : OK, kereta dalam berapa ribu?
Aku : Less than 100 ribu.... so still got some more right?

Hubby : hmmm...... ada lagi nak guna ke?
Aku : Ada la... eh... kena simpan la... put aside dalam 300 ribu. So, now tolak semi-d, tolak keta, tolak saving...tinggal dalam 200 ribu je?

Hubby : tak nak gi mana-mana?
Aku : Nak.... bawak parents kita gi Mekah nak? Dalam 100 ribu kat situ la.... ye la.... lebih tu, leh buat travel kat tempat lain.

Hubby : Current hutang-piutang kita?
Aku : Settle la dulu.... baru start beli semi-d... tapi semi-d pun tak leh beli cash... nanti jabatan hasil datang carik.....

Hubby : semi-d yang nak di beli tu, tak nak renovate ke?
Aku : Alamak!!! kena la renovate..... cukup ke 100 ribu untuk renovate? Area dapur kena besar... ruang makan.... pastu kan, nak letak oven built-in tu.... nak complete all the barang-barang... mixer, breadmaker.... pastu ada kawasan untuk grill-grill ikan ke ayam ke.....
Hubby : Mana cukup! Kata nak dapur besar, nak beli oven besar, nak bread maker besar.... nak mixer besar.... lebih 100 ribu tu.....

Hubby : HAHAHAHHAHAHAHAHHHAHAHHAHHAHAHAHAH
Hubby : Ewah! Ewah! Baru cakap "KALAU LA KITA DAPAT 1 JUTA JATUH DARI LANGIT.... YOU DAH BERANGAN MACAM-MACAM.... SIAP DENGAN LISTING SEGALA BENDA LAGI EH......."


Aku : #&*^%##^w%@$$w#*^* (kacau daun betul la dia nih!!!!... aku tengah sikit punya syok ka layan angan-angan....)

Friday, February 17, 2006

Future Plan

Aku baca bukansepet hari ni, dan dia cakap pasal his 10 years plan puzzle. Dilema seorang lelaki, the sole breadwinner.... to materialize his future plan.

Aku lebih kurang macam bukansepet position kerja bukan manager. Aku macam dia, yang ada cita-cita nak gaji 5 angka.....(uwaaaa!!!! kalau tengok track record increment aku..... lambat lagi ler dapat tu).

Bezanya: antara aku dan bukan sepet - jantina kitorang dan aku ada somebody else who shares the responsibilities of providing food, roof etc. to the family yang seciput ni.

Kalau banding aku dengan kawan-kawan seangkatan, dari segi position, memang aku jauh ketinggalan. Dorang tu, sorang-sorang... pangkat tinggi kemain. Kalau dalam organisasi tu, kira staf bawahan kena address them properly la... tuan ke, puan ke.....Aku? hehehehh.... kalau takat level aku ni.... panggil nama je la....

Tapi tu la.... aku ni memang tak ambitious dan obviously bukan seorang risk taker. Tu sebab aku tak berani nak job hopping. Lagipun pada aku, kompeni aku sekarang ni, Alhamdulillah stabil; so tak terfikir la aku nak pergi cuba nasib kat tempat lain. Lagipun aku takut nak cuba nasib kat tempat lain.... sebab takut risiko! Aku takut pergi kat kompeni baru, sebab kejar gaji lebih... tapi kompeni baru tu tak stabil sangat....

Pernah juga sebab management decision, the whole department aku kena transfer ke kompeni lain, so kitorang semua kena duduk kat kompeni tu... bukan takat kompeni je... location pun pindah gak.... tapi tak lama 2 tahun je aku kat kompeni tu....... then balik semula ke kompeni ni.
Kiranya "ikut arahan" je la aku ni.

Aku pun tak ada pulak bercita-cita nak jadi manager.....gaya hidup pun so far, aku rasa Alhamdulillah. Tak lah mewah, tapi tak lah sesedih "Bersamamu". Ada rumah 'half-sendiri' (selagi tak habis hutang bank, selagi tu tak leh claim hak kita!), ada kereta (pun masih hutang gak), ada saving sikit-sikit.....OK la tu. Mungkin sebab aku camni kot.... Kawan-kawan ada yang sibuk main saham, join multi-level... tapi aku... hapah pun tarak. Sebab yang sama.... I'm not a risk taker.....

Aku cukup respect pada kengkawan aku yang berani ambik risiko pindah-pindah kerja ni. Berani buat benda-benda baru. Berani buat decision yang kalau aku,.... belum tentu la tu.... Dorang yang ada keyakinan diri yang tinggi, ada courage to take up any challenge dalam dunia ni; dare to fail, dan of course bila berjaya...ganjaran bagi mereka berlipat kali ganda!

Forrest Gump pernah cakap "Life is like a box of chocolates, you never know what you gonna get!!!"

Wednesday, January 25, 2006

Apa yang kita nak?

Pernah tak kita terfikir apa matlamat hidup kita?
Apa yang kita nak capai dalam hidup?
Apa yang kita nak accomplish sepanjang hayat kita?
Apa yang kita nak contribute untuk orang lain? What we could offer?
Apa yang kita nak orang ingat bila kita dah tak ada lagi nanti?

Kalau kita tanya kat siapa pun soalan ni, mesti jawapan yang kita terima tu - positif. Semua orang nak benda-benda yang baik je dalam hidup, sepanjang hidup dan sesudah dia mati.

Kalaupun perangai kita kalah setan gondol, kita still nak benda-benda baik dalam kehidupan kita. Kita nak hidup yang baik, anak-anak dan family yang baik, tempat tinggal yang selesa, surrounded by masyarakat baik-baik, aman damai, tak berperang, tak berbunuh-bunuh, masa tua yang tenang, dikelilingi orang-orang yang kita sayang, dan mati dalam keadaan yang elok.

Kalau pun kita perompak, or perogol bersiri, kalau kita ada family, kita nak anak-anak yang baik, tak ikut jejak langkah kita. Kalau pun kita ni penjenayah di maya pada ni, kita sebenarnya impikan kehidupan yang baik, paling tidak pun dicerminkan pada orang ramai tu sebagai kehidupan yang baik. Tu sebab kita biasa dengar tentang orang yang appearancenya.... sikit punya baik, sikit punya tenang, ada family background yang bagus, life yang ok, tapi.... perangai lebih teruk dari bapak jin.

What do we really search in this life and life after this?

Benda yang baik-baik. Bukan benda tak baik!!!
Choosy huh?
Memang lah... sebab kita manusia!!!
But do we lead our life with benda-benda baik?
So that kesudahannya baik, resultnya baik?

Itulah yang subjektifnya.....
Kadang-kadang kita rasa kita hidup cara yang baik (pada pandangan mata dan akal fikiran kita); tapi bagi orang lain..... cara hidup kita tak baik - menyusahkan mereka, menyakitkan mereka.... so? baik ke tak baik kita ni??

Then, timbullah isu niat la... isu cara la...
siapa betul, siapa salah
siapa baik, siapa tak baik

Ada banyak benda yang kita nak capai dalam hidup kita kat dunia ni, and kehidupan selepas dunia.
Ultimately, our objective:
"Ya Allah, Ya Tuhanku....Berilah aku kebaikan di dunia dan di akhirat"

Wednesday, January 11, 2006

Eidul Adha

Mood Raya
Mood Berkorban

Dah lama aku tak update blog ni. Tak ada alasan pun sebenarnya. Bukanlah busy sangat sampai tak boleh nak update journal. Tapi tu la….

Kita pun dah masuk tahun 2006. Antara azam aku tahun ni (mak ooiii….berapa banyak azam ler) ialah utilize oven to the max. Awal-awal lagi aku dah start, aktiviti masak2 benda-benda selain dari normal dishes. Kiranya weekends je ada je la special items : buat roti la… buat kek la…. Pastu belasah makan. Hmmmm…. Azam nak kurus, gamaknya tinggal azam je la…

Semalam, lepas solat raya, aku bawak my hero dan 2 orang cousins dia (anak sedara aku) gi tengok orang sembelih lembu. Kat kawasan rumah mak aku tu, ada 5 ekor lembu kena korban semalam.

Budak-budak ni dapat tengok dengan jelas, proses sembelihan binatang korban ni dari mula sampai akhir. Dari proses menumbangkan lembu, sembelih, akhir nyawa lembu sampai le ke proses melapah. My hero dah biasa tengok tok wan dia sembelih kambing, so dia tak ada la nampak uneasy with all the process, cuma dia komplen bau taik lembu yang kuat je… tapi for his 2 cousins, it was the first time experience – takut la, busuk la, macam-macam dorang cakap. Aku lak, jadi cikgu tadika, dok explain each of the process kenapa macam ni, kenapa macam tu.

Bagusnya, bila sampai kat rumah, anak sedara aku, si abang ni cakap kat ibu dia “Ibu, meh sini abang sembelih ibu nak…. Mama kata Nabi Ibrahim sembelih anak dia, siapa nama ntah…. sebab berkorban kerana Allah…. Abang pun nak berkorban jugak, abang sembelih ibu la… sebab abang tak ada anak….”

Alamak “Mama yang kata…..”; (mama tu aku la tu…..)
Adik ipar aku pandang lain macam je kat aku…. hehheheehehhe
Erkkkk!!! My anak sedara….. he got the concept right tapi tu la….